July 21, 2013

Dua Puluh Satu




Sebenarnya ini bukan tentang kematianmu, bukan itu. Kerana aku tahu bahwa semua yang ada pasti menjadi tiada pada akhirnya, dan kematian adalah sesuatu yang pasti, dan kali ini adalah giliranmu untuk pergi, aku sangat tahu itu.

Tapi yang membuatku tersentak sedemikian hebat, adalah kenyataan bahawa kematian benar-benar dapat memutuskan kebahagiaan dalam diri seseorang, sekejap saja, lalu rasanya mampu membuatkan kita menjadi jiwa setengah mati, hati kita seperti tak di tempatnya, dan tubuh kita serasa kosong melompong, hilang isi.

Ini  bukan tentang aku.
Ini tentang saudara sedarahku.

Jikapun ALLAH menitipkan cinta, jangan pernah sedih ketika dia pergi, kerana dia tidak kekal, jika tahu tidak kekal lalu apa yang harus ditangis??

sedih itu perlu
tapi bukan untuk selamanya
Alfatihah
Prof Madya Dr Nazaruddin Ramli (UKM)

To My sister, Allah knows better. Move on.

No comments: